the Gang..........

the Gang..........

Tuesday, February 8, 2011

DI LAMUNAN......

Termenung membisu fikiran ini,
Terbayang wajah samar-samar disebalik purdah
disirna cahaya keimanan
Yang menyuluh sendi-sendi kejahilan,
menawan nafsu yang meronta,
yang menangkis durjana kehinaan...........

 Tertunduk malu pandangan ini,
Melihat ketebalan takwa
yang  megah bertakhta di laman nuranimu..
Kelembutan pula membuat ku tersingkap sipu
mendengar alunan kemerduan tuturmu
menusuk di pintu kalbu............

Indah gayamu mempersonakan diriku
Yang menjadi contoh tauladan di era ini
lantaran didikan  menjadi pedoman
tanpa mendedah secebis kealpaan
mejadi rebutan pemuda beriman......

Sunday, February 6, 2011

KENANGAN SEBUAH PERSAHABATAN........

Ku tatap wajah indahmu
menilai erti persahabatan
senyummu mengukir di minda
melukis sebuah memori
disebalik kesempurnaanmu terukir keegoan
yang meronta
menyirna di tampuk keperibadianmu...

Sungguh tak kusangka
ia datang tiba-tiba
menghantui hemisfera minda
menjadi lesi ikatan ukhwah
yang telah lama terbina...


kecacatanmu merobek alam semesta
yang lama mengharapkan sang suria
terus berpancaran menghias dunia
menjadi ikutan di kala kealpaan
menjadi peneman di waktu kesunyian............


Kini sang suria
tidak lagi menyinar
dek lantaran awan keegoan
menutupi sinar yang memancar
menyinar alam semesta...........

Thursday, February 3, 2011

AKU TAHU.....


Hari ini,
Kekeliruan menerjah di benak hatiku,
Aku dan dia
Apakah dalam gelombang bahaya
Mencari makna di lautan dalam,
Menilai erti di tepian pantai.

Aku tahu
Dunia kita amat berbeza,
Walaupun kita berada di permulaan yang sama,
Tetapi
Arus kehidupan yang membawa kita ke destinasi yang berbeza,
Tetapi ia bukan penghalangnya..

Aku tahu,
Perbezaan membuat nalurimu meronta,
Bimbang akan gelombang kian reda,
Hilang dibawa purnama jelita,
Hanyut di tiup angin sepoi bahasa.

Tetapi,
Diriku tetap setia,
Menantimu nun jauh disana,
Hanya jodoh bakal menentukan kita,
Bakal bersemi indah terbina.

Tapi dikala ini,
Ku harus bertahan,
Kerana agama lebih bermakna
Bimbang gelombang menerjah durjana
Karam tak timbul rosak binasa.